Kuala Lumpur diisytihar sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO

  • By Wendy. V
  • April 23, 2020
  • 0
  • 144 Views

Untuk peminat buku-buku di luar sana, pastinya berasa lega kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat memberikan banyak masa untuk mereka membaca pelbagai jenis buku. Sekarang ini, buku senang didapati kerana ia tidak hanya muncul dalam bentuk ‘hardcopy’ sahaja malahan juga kini buku diterbitkan secara digital.

Terbaharu, Malaysia melakar sejarah apabila Kuala Lumpur diiktirafkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut Lan Denison, iaitu seorang koordinator program memberitahu, ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum dalam pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk termasuk di bandar raya berkenaan.

“Kuala Lumpur dipilih kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada penduduknya,” katanya di sini pada Khamis.

Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 dan negara Asia kelima yang diberikan penghormatan gelaran itu sejak diperkenalkan pada 2001. Pada tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah diberikan penghormatan menjadi tuan rumah acara tersebut.

Antara pemenang anugerah itu sebelum ini adalah Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019) dan Athens (2018).

Denison turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan atas pengiktirafan itu. Katanya, sesungguhnya ketika penularan wabak pandemik yang menyerang dunia, industri penerbitan di Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada terkena tempias kestabilan ekonomi.

Pun begitu katanya, UNESCO akan terus memberi sokongan kukuh kepada industri penerbitan di negara ini.

“Kami sangat gembira bahawa pelancaran akan dilakukan. Secara fizikal, ia mungkin kecil, tetapi saya sangat berharap ia akan menjadi paling besar di dunia di dalam talian,” kata presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa), Arief Hakim Sani.

“Buku terus memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan. Ia tidak akan pernah pergi. Walaupun dalam tempoh PKP ini, buku-buku penting untuk meneruskan pendidikan di rumah. Itu adalah asas,” tambahnya.

KLWBC 2020 yang diadakan sepanjang tahun ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Buku Negara (MBKM) dan Mabopa menjadi jawatankuasa penasihat.

Halaman Facebook KLWBC 2020 juga kini mengadakan siri pertandingan di mana pembaca boleh memenangi RM100 dalam baucar buku MPH, atau edisi ke-60 novel klasik Salina oleh A. Samad Said.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *