Ingkar arahan PKP, dua lelaki didenda cuci tandas awam selama 3 bulan

  • By Wendy. V
  • April 20, 2020
  • 0
  • 178 Views

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa ketiga bermula sejak 15 April hingga 28 April. Kerajaan terus meminta rakyat agar memberikan kerjasama dan patuh arahan PKP bagi memutuskan rantaian virus COVID-19 di negara ini. Nampaknya, penjarakan sosial dan PKP membuahkan hasil apabila kes positif COVID-19 mencatatkan dua angka untuk tiga hari berturut-turut.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahan PKP agar diperketatkan di seluruh dunia. Segelintir rakyat Malaysia masih ada yang melanggar arahan PKP dan seolah-olah tidak memandang serius isu ini.

Dua lelaki tempatan diperintahkan untuk membersihkan tandas awam selama tempoh tiga bulan sebagai denda kerana ingkar terhadap arahan PKP di Kota Kinabalu, Sabah.

Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Lovely Natasha Charles memerintahkan kedua-dua tertuduh supaya menjalani khidmat masyarakat dengan mencuci tandas awam selama empat jam setiap hari selepas tempoh PKP berakhir.

Bagaimanapun, lokasi tandas awam untuk kedua-dua tertuduh akan menjalani khidmat masyarakat itu akan ditentukan oleh Pegawai Parol.

Tertuduh, iaitu Adrian Chok Ken Kit, 23, seorang juruteknik penyaman udara dan AK Mohd Dauk Hj Sulaiman, 33, yang bekerja sendiri dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan melakukan kerja khidmat masyarakat itu atau tiga bulan penjara.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah atas kesalah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020. Mengikut peraturan tersebut, pesalah boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) Peraturan sama yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Polis dan trafik mengetatkan lagi sekatan perjalanan kepada orang awam

Terdahulu, Chok mengaku bersalah dengan sengaja berada di Inanam Taipan pada jam 10.15 malam pada 11 April lalu. Tertuduh dikatakan melakukan pergerakan dari Pekan Inanam ke Likas tanpa alasan yang kukuh.

Sementara, AK Mohd Daud pula ditahan kerana berada di atas jalan raya berdekatan mini Putrajaya, Kompleks Kerajaan Persekutuan pada jam 9.40 malam pada hari yang sama. AK Mohd Daud juga dikatakan bergerak dari Kampung Likas ke Sepanggar semasa PKP tanpa alasan yang kukuh.

Chok dan AK Mohd Daud turut didakwa secara berasingan memilik syabu. Pendakwaan memohon satu tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan kimia.

Kes langgar arahan PKP, 26 orang ditahan di Perlis

Ada bagusnya juga sekiranya kerajaan mengenakan hukuman khidmat masyarakat terhadap mereka yang bersalah kerana tidak patuh pada arahan PKP ini. Mungkin, hukuman ini akan dapat menginsafkan mereka dan seterusnya memberikan pengajaran kepada masyarakat awam yang lain agar terus bersabar dan patuh pada arahan PKP.

Malaysia akan menamatkan PKP dalam tempoh dua minggu sahaja lagi dari sekarang. Dengan kes yang semakin menurun, pastinya ada sinar yang baik buat semua rakyat. Justeru, rakyat diminta agar tetap ‘duduk di rumah’ dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *