Malaysia merekodkan pertambahan pesakit sembuh COVID-19 berbanding kes baharu jangkitan.

  • By Wendy. V
  • April 11, 2020
  • 0
  • 179 Views

Di sebalik perjuangan melawan COVID-19, sepertinya kerja keras para petugas barisan hadapan mula menunjukkan hasil yang perlu dibanggakan.

Malaysia telah merekodkan pertambahan jumlah pesakit yang sembuh daripada koronavirus berbanding kes baharu dijangkiti untuk tiga hari berturut-turut.

Sehingga 10 April, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan sebanyak 222 pesakit telah sembuh daripada penyakit berjangkit itu dan telah dibenarkan untuk discaj keluar. Pertambahan 222 pesakit sembuh COVID-19 itu membawa kepada peningkatan terhadap jumlah keseluruhan pesakit sembuh yang sekarang ini sudah mencapai 1,830 individu atau kadar kesembuhan 42.11% semenjak penularan wabak itu bermula pada hujung bulan Disember tahun lalu.

Pusat transit untuk gelandangan di ibu kota sepanjang tempoh PKP

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekitar 24 jam yang lalu, 118 kes baharu telah dilaporkan. Jumlah ini membawa kepada kes kumulatif sebanyak 4,346. Pada masa yang sama, kadar kematian pada ketika ini pada 1.61% selepas 3 kematian baharu disahkan, yang membawa sebanyak 70 kematian.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April, iaitu memasuki fasa ketiga. Dr Noor Hisham memberi komen berkenaan tindakan pelanjutan PKP itu adalah wajar untuk membantu memutuskan rantaian virus jangkitan itu. Beliau juga turut berkata bahawa Malaysia sudah berjaya mengawal kejejasan kadar jangkitan, yang sebelum ini dianggarkan oleh pihak ketiga akan menjadi lebih parah.

JP Morgan meramalkan pada 14 April, Malaysia akan mempunyai sekitar 6,900 pesakit positif COVID-19, sementara Malaysian Institute of Economic Research (MIER) pula meramalkan antara 8,000 hingga 9,000 kes akan bertambah pada minggu seterusnya.

Kes COVID-19 di Malaysia setakat 10 April

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *