Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti berhijab Malaysia tampil 30 Under 30 Asia, salah seorang penghias muka majalah Forbes

Mungkin rancangan WWE amat diminati oleh para penonton di Malaysia. Malahan, rancangan ini pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu dengan beberapa nama besar rancangan itu amat diminati oleh rakyat Malaysia. Namun, para ahli gusti ‘wrestler’ Malaysia tidak begitu popular dan amat kurang diminati.

Ini berubah apabila negara viral dengan kewujudan ahli gusti wanita muslim bertudung. Mungkin masih ramai yang kurang mengenali beliau tetapi nama “Phoenix” mula naik dan popular. Nor Diana atau nama sebenarnya, Syaradeeba Khamarulzaman, empunya nama samaran Phoenix merupakan seorang ahli gusti pertama yang bertudung dan juga pertama di dunia.

Terbaharu, sumbangannya terhadap acara sukan ini mendapat pengiktirafan apabila majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam senarai “30 Under 30 Asia” untuk tahun 2020 ini. Nor Diana telah diberikan penghormatan untuk disenaraikan di dalam kategori ‘Entertainment and Sports’.

Nor “Phoenix” Diana juara MYPW wrestlecon tahun 2019

Ini selepas Nor Diana mencetuskan perhatian di seluruh dunia setelah menjadi wanita pertama untuk memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) Wrestlecon pada Julai, tahun lalu. Gaya dan corak pertarungan yang dipaparkan seakan-akan Rio Mysterio di gelanggang WWE.

Forbes mengumumkan senarai tahunan “30 Under 30 Asia” yang kelima, menampilkan 300 usahawan muda, pemimpin dan changemakers di seluruh Asia. Mereka ini semua adalah di bawah umur 30 tahun.

Walaupun berada dalam keadaan masa yang mencabar dan ketidaktentuan global, Forbes “30 Under 30 Asia” Class 2020 menampilkan individu inovatif dengan masa depan cerah yang bersedia untuk menyesuaikan diri dengan apa sekalipun cabaran di masa hadapan.

Nor “Phoenix” Diana antara muka yang menjadi penghias muka majalah Forbes edisi April

Amat mengujakan juga, Nor Diana salah seorang daripada 30 penama tersenarai yang menghiasi muka depan majalah Forbes Edisi April.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada wanita bukan hanya wanita bertudung tetapi semua wanita secara amnya. Tiada apa yang boleh menghalang kita selagi kita mempunyai semangat dan percaya kepada diri kita sendiri,” katanya.

Minat Nor Diana dalam sukan gusti wujud selepas beliau menonton rancangan gusti terkemuka Amerika Syarikat, WWE bersama adik-beradiknya pada usia 14 tahun. Minat mendalam terhadap sukan gusti ini telah mendorong beliau mencuba nasib dengan menyertai uji bakat pencarian atlet gusti pada usia 16 tahun. Beliau diberi peluang jurulatihnya, Ayez Shaukat Fonseka untuk menyertai pertarungan gusti pada 2017.

Bagi memastikan nama ahli gusti yang wujud di Malaysia setaraf dengan nama-nama besar, sokongan dari orang ramai perlu bagi menjadikan sukan gusti sebagai alternatif. Ayuh berikan sokongan kepada Malaysia Pro-Wrestling agar bakat seperti Nor ‘Phoenix’ Diana ini kian berkembang hingga ke mata dunia.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *