Masyarakat Orang Asli berpindah ke hutan, elak dijangkiti virus COVID-19

Pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia, masyarakat Orang Asli turut tidak terkecuali mematuhi arahan tersebut. Masyarakat Orang Asli di Pahang mengambil inisiatif sendiri melakukan sekatan ke kawasan penempatan mereka termasuk menubuhkan pasukan rondaan.

Terbaharu, separuh daripada Orang Asli Jemari terpaksa berpindah ke kawasan dikelilingi hutan kerana ketakutan terhadap penularan koronavirus (COVID-19) yang semakin merebak. Dilaporkan, ini selepas satu individu Orang Asli dijangkiti dengan penyakit wabak itu.

Menurut seorang penduduk kampung dan juga merupakan Orang Asli di Pahang memberitahu mereka akan berpindah ke dalam hutan semula, untuk mengasingkan diri dan mencari makanan buat diri mereka.

“Kami tahu cara bagaimana untuk mendapatkan makanan di hutan dan ada ada sahaja yang boleh kami usahakan tanaman di situ,” katanya lagi.

Masyarakat Orang Asli kebanyakan mendiami kawasan penempatan di Pahang

Pada minggu lalu, satu individu Orang Asli telah disahkan dijangkiti dan positif wabak koronavirus. Ia adalah seorang budak lelaki berusia tiga tahun daripada satu kampung di luar Cameron Highland. Tidak dapat dipastikan bagaimana budak tersebut boleh terjangkiti virus tersebut.

Kampung tersebut telah diletakkan di bawah perintah berkurung bersama-sama kawasan yang lain di mana jangkitan itu dikesan.

Orang Asli adalah dikatakan sebagai keturunan masyarakat yang paling awal menduduki Semenanjung Malaysia sejak 200,000 tahun yang lampau.

Masyarakat Orang Asli antara yang menerima kesan yang buruk berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini selepas ramai yang bergelut selepas pendapatan kecil mereka untuk menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan getah tidak dapat dijalankan kerana kerajaan melarang perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak berkepentingan sehingga 14 April.

Kehidupan Orang Asli kebanyakan bercucuk tanam dan mencari hasil hutan

Orang Asli merupakan antara penduduk yang termiskin dan terjejas di Malaysia. Masyarakat ini lebih terdedah kepada sebarang penyakit oleh kerana beberapa faktor seperti kemiskinan dan kekurangan nutrisi. Kadar kemiskinan masyarakat Orang Asli dilaporkan lebih kurang 30 peratus berbanding dengan purata masyarakat Malaysia yang lainnya pada 0.4 peratus.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *