Bazaar Ramadhan berkemungkinan diteruskan sekiranya garis panduan dipatuhi oleh rakyat Malaysia

Bazaar Ramadhan merupakan sebahagian daripada budaya di Malaysia apabila tibanya bulan puasa. Bazaar memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana untuk berniaga bagi mendapatkan wang tambahan, lagi-lagi untuk keperluan Hari Raya. Bagi pembeli pula, sudah tentulah ini masanya untuk mereka berpeluang merasai pelbagai jenis makanan yang dijual, terutamanya makanan yang hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April. Banyak pihak terutamanya masyarakat berasa gelisah dan sedih sekiranya bazaar Ramadhan ini dibatalkan tahun ini, jika kerajaan bercadang melaksanakan arahan tersebut.

Namun begitu, kerajaan masih lagi mempertimbangkan keputusan tersebut dan dijangka akan memaklumkan kepada orang awam berkenaan perkara ini, bergantung kepada tahap krisis pandemik di negara ini sekarang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan di Twitter bahawa keputusan muktamad belum dibuat pada masa ini. Beliau turut menulis bahawa cadangan daripada pihak berkuasa tempatan dan juga Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih diperlukan untuk membuat kesimpulan yang bersesuaian.

Manakala, Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata, bazaar masih boleh diteruskan, sekiranya Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi.

“Pasar tani dan pasar basah masih lagi dibuka, di mana orang ramai tidak dapat dielakkan, dan penjarakan selamat masih boleh dijalankan.

“Jika memandangkan orang awam patuh kepada garis panduan untuk crowd control, terdapat kemungkinan bazaar Ramdhan diteruskan selagi langkah berjaga-jaga diambil,” kata beliau.

Sekiranya bazaar Ramadhan tidak dapat diteruskan, pastinya ianya akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan para peniaga ini. Langkah terbaik ialah masyarakat perlu meningkat kadar kualiti hidup dan bukan hanya menjalankan ‘self-discipline’ semasa tempoh perintah sahaja.

Adakah kita dapat merasai kemeriahan suasana bazaar Ramadhan setelah tempoh PKP ini tamat? Atau haruskah kita akur dengan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia demi keharmonian dan kesejahteraan kesihatan rakyat terhindar dari wabak COVID-19?

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *