Malaysia sedang bangunkan aplikasi mengesan pergerakan pesakit COVID-19

  • By Wendy. V
  • March 30, 2020
  • 0
  • 177 Views

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020. Selari dengan itu, sejumlah kemaskini lain turut diumumkan, termasuk untuk membangunkan satu aplikasi yang akan mengesan pergerakan individu yang disahkan positif COVID-19.

Aplikasi melalui telefon pintar ini bertujuan untuk memperluaskan pengesanan individu yang dijangkiti wabak COVID-19 dengan kontak lain selain membuat pemetaan kawasan penularan wabak tersebut.

Dengan langkah ini, ia akan membantu pihak berkuasa memantau dengan lebih rapi, selain memberikan amaran dan peringatan kepada orang ramai dalam menjauhi atau berjaga-jaga di sesuatu kawasan terlibat.

Aplikasi ini sedang dibangunkan secara bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM). Perkara ini disampai melalui satu tweet oleh Khairy Jamaluddin.

Bagaimanpun, Khairy Jamaluddin tidak menyatakan tarikh pelancaran dan juga maklumat lanjut mengenai aplikasi berkenaan.

Singapura sudahpun melancarkan aplikasi pintar yang mempunyai tujuan yang sama, dikenali sebagai TraceTogether. Aplikasi ini dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan Singapura dan Kementerian Kesihatan republik itu.

Sementara itu, pakar sains data dari Universiti Monash, Mahendhiran Sanggaran Nair berkata pelancaran aplikasi ini di Malaysia tidak sepatutnya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia yang bimbang tentang pelanggaran privasi, selagi ia dikawal ketat.

“Saya fikir (penting) untuk mendidik orang ramai tentang bagaimana data digunakan dan juga mempunyai rangka kerja pengawalseliaan mengenai siapa yang dapat melihatnya dan siapa yang boleh menggunakannya,” katanya.

Disamping itu, pihak MOSTI turut mengatakan mereka sedang mempercepatkan proses penilaian kit ujian diagnostik COVID-19 yang dibangunkan syarikat tempatan. Langkah ini selari dengan sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin mencapai 16,000 ujian sehari bermula April 2020 ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *