Menteri tolak 2 bulan gaji serta kerajaan peruntuk RM250 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi

  • By Wendy. V
  • March 29, 2020
  • 0
  • 229 Views

Dalam membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat dan negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, Kabinet kerajaan baharu Malaysia telah memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, para menteri dan timbalan menteri dipotong.

Perkara ini telah dimaklumkan beberapa hari lalu melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Gaji selama 2 bulan itu akan disalurkan kepada Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan gaji dua bulan para jemaah menteri akan disalurkan ke Tabung Covid-19

Tidak cukup dengan itu, semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, terdapat tiga matlamat utama kerajaan iaitu melindungi rakyat, sokongan terhadap perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi negara.

Dipetik dari kenyataan Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej ini, sebanyak RM128 bilion diperuntukan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion pula diperuntukkan bagi menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sementara itu, RM2 bilion digunakan bagi memperkukuhkan kembali ekonomi negara yang sedang merundum dek kerana krisis koronavirus, serta RM20 bilion yang sudahpun diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (kredit: Oh!Media)

Walaupun kerajaan serta perdana menteri baharu ini bukan dipilih berdasarkan pilihanraya, namun kesungguhan mereka sememangnya wajar dipuji oleh rakyat Malaysia. Di saat krisis pandemik begini, sewajarnya kita lupakan ideologi dan mainan politik, dan sebaliknya bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani isu ini.

Ayuh Malaysiaku.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *