Penemuan artifak zaman Paleolitik ditemui di tiga gua Gunung Pulai

  • By Wendy. V
  • March 26, 2020
  • 0
  • 254 Views

Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian tempat bersejarah dan tapak warisan. Kawasan di Kepulauan Melayu ini pernah menjadi tapak perkembangan tamadun. Malah ada terdapat bukti tempat tinggal, peralatan dan rangka manusia purba beratusan umur tahun dijumpai di sini.

Jadi tidak mustahil untuk para arkeologi bakal menjumpai cebisan artifak yang tertanam di sebalik timbunan tanah. Yang terbaharu, para arkeologi dari Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menemui lebih 100 artifak prasejarah dari beberapa buah gua di Gunung Pulai, Baling, Kedah. Artifak tersebut dianggarkan berusia 17,000 tahun, seusia Zaman Paleolitik.

Penemuan ini melibatkan peralatan batu, pecahan tembikar dan kulit siput sungai yang dijumpai di tapak-tapak yang baru diekskavasi di tiga buah gua yang terdapat di Gunung Pulai, iaitu Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar.

Artifak itu ditemukan semasa pasukan arkaelogi sedang menjalankan eksplorasi di kawasan tersebut antara April hingga Oktober yang lalu.

Pesuruhjaya Warisan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop berkata, eksplorasi tersebut bertujuan melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkaelogi terkini dan mengetahui sebarang kemungkinan jumpaan bukti yang masih belum diterokai oleh penyelidik terdahulu.

Sebahagian daripada artifak yang ditemui dihantar ke Singapura untuk dianalisa dan ditentukan secara tepat usianya. Seandainya artifak-artifak yang dijumpai benar-benar berusia 17,000 tahun, ia bermaksa penempatan di Gunung Pulai adalah yang tertua di negeri Kedah dan bahkan lebih tua berbanding di Tapak Arkaelogi Sungai Batu, Merbok.

Secara ringkas, penemuan ini menjadikan Gunung Pulai sebagai tapak arkaelogi bernilai tinggi terhadap data arkaelogi negara dan juga akan menjadi asas dalam mengenali asal-usul masyarakat lampau.

Penemuan artifak-artifak ini secara tidak langsung mampu mempopularkan Gunung Pulai dan gua-gua disitu sebagai salah satu produk pelancongan memandangkan penemuan ini berupaya melonjakkan nama gunung tersebut terutamanya dalam kalangan penyelidik dan pakar-pakar arkaelogi tempatan mahupun luar negara.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *