Malaysia pembekal terbesar sarung tangan perubatan dunia, sangat diperlukan di saat krisis COVID-19

  • By Wendy. V
  • March 25, 2020
  • 0
  • 253 Views

Ketika dunia sekarang mengalami pandemik koronavirus, tentu sahaja sarung tangan perubatan, topeng muka dan bekalan perubatan yang lain sangat diperlukan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Namun, percayakah anda bahawa Malaysia merupakan pengeluar dan pembekal sarung tangan perubatan terbesar di dunia? Ya, Malaysia setakat ini, merupakan pembekal terbesar ke pasaran dunia, dengan menghasilkan sebanyak 3/4 sarung tangan perubatan di pasaran.

Kilang-kilang sarung tangan perubatan di Malaysia, yang menghasilkan sebahagian besar perlindungan tangan yang kritikal di dunia, beroperasi pada kapasiti separa sahaja ketika mana, ianya sangat diperlukan, menurut The Associated Press.

Para petugas kesihatan menyarungkan sarung tangan sebagai garis perlindungan pertama menentang COVID-19 dari pesakit, dan ia juga penting untuk melindungi pesakit. Tetapi bekalan sarung tangan perubatan semakin berkurangan di seluruh dunia, dengan lebih ramai pesakit yang demam, berpeluh dan batuk ke hospital hari demi hari.

Kerajaan Malaysia mengarahkan agar kilang untuk menghentikan semua proses pembuatan mulai 18 Mac atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Setelah itu, satu demi satu, kerajaan membenarkan semula industri utama yang dianggap penting, termasuk pembuatan sarung tangan perubatan untuk dibuka semula, tetapi hanya separuh daripada tenaga kerja mereka untuk mengurangkan risiko penularan virus baru. Kerajaan mengatakan syarikat mesti memenuhi permintaan domestik sebelum melakukan pengeksportan. Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia meminta pengecualian pada minggu ini dengan menyatakan

“Apa-apa halangan kepada segmen pengeluaran dan pentadbiran industri kami akan bermakna pemberhentian serta-merta untuk pembuatan sarung tangan dan ia akan memberi kesan buruk kepada dunia,” kata presiden persatuan itu, Denis Low, dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media tempatan.

Beliau menambah, mereka telah menerima permintaan berjuta-juta sarung tangan dari kira-kira 190 buah negara yang memerlukan.

Sarung tangan sangat diperlukan kerana penyebaran virus yang telah menjangkiti lebih 377,000 orang di seluruh 194 negara dan wilayah pada awal Selasa, menurut Reuters, dengan lebih daripada 16,500 kematian.

Diharapkan dengan ini, Malaysia terus meningkatkan pengeluaran sarung tangan perubatan untuk kegunaan domestik dan antarabangsa, apatah lagi di saat-saat kritikal seperti sekarang ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *