COVID-19: Malaysia catat 106 kes baharu, jumlah kes kematian 15 orang

  • By Wendy. V
  • March 24, 2020
  • 0
  • 316 Views

Malaysia mencatatkan 106 kes positif COVID-19 setakat Selasa, jam 12 tengahari menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,624 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. Sementara, 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

Sehingga kini, seramai 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan satu kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 15 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya memberitahu, lelaki usia 70 tahun berasal dari Melaka itu mempunyai kontak dengan kes ke-703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 semakin cepat tersebar dengan lebih 300,000 kes dicatat kini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *