Perintah Kawalan Pergerakan – ATM guna dron dan UAV pantau rakyat

  • By Wendy. V
  • March 23, 2020
  • 0
  • 282 Views

Perintah Kawalan Pergerakan kini sudah memasuki hari kelima penguatkuasaannya. Pada awal operasi pemantauan, ia telah dikendalikan oleh pihak PDRM serta RELA dimana ATM pula bermula semalam.

Kini perkembangan terbaru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sebagai usaha membendung wabak COVID-19.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi yang akan diguna pakai.

“Kami akan gunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini telah saya bincangkan dengan industri tempatan. ATM sudah ada (teknologi itu) tetapi jumlah perlu ditambah. Menerusi penggunaan teknologi, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan. Kemungkinan (penggunaan dron dan UAV) dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Menurut beliau lagi, dengan menggunakan teknologi ini ia boleh menambah baik pengawasan kita macam dilakukan di China dan penggunaannya dijangka dilaksana dalam tempoh terdekat, mungkin sehari dua ini.

China gunakan dron sebagai amaran kepada rakyat tidak keluar rumah semasa lockdown.

Melalui penggunaan teknologi tersebut, ia dilihat mampu memudahkan pihak berkuasa dari segi pemantauan yang lebih luas serta mengurangkan kontak antara manusia ke manusia bagi. Terdahulu, China sedia menggunakan dron untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk kekal berada didalam rumah sewaktu perintah berkurung dikuatkuasakan.

Selain itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19. Setakat ini, Tan Sri Affendi memaklumkan seramai 7,500 anggota ATM seluruh negara terdiri dariapda perkhidmatan ATM luat, udara dan darat telah diatur gerak setiap hari bagi membantu PDRM melaksanakan PKP.

.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *