Bagaimana COVID-19 lumpuhkan ekonomi dan perniagaan?

  • By Wendy. V
  • March 22, 2020
  • 0
  • 336 Views

Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, peperangan, halangan perdagangan dan penyakit boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi. Penyakit dan wabak koronavirus atau dikenali dengan Covid-19 ternyata memang boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi selagi ia gagal dikawal. Wabak Covid-19 telah menyebabkan pasaran saham dunia menjunam 21%, dan ia hampir menyamai kesan Perang Dunia Kedua, 1940, jatuh 25%.

Malaysia dan beberapa pemimpin dunia lain telah memberi amaran kesan virus Covid-19 yang akan memberi impak dahsyat berbanding krisis-krisis ekonomi dunia masa lepas.

Covid-19 telah disahkan sebagai wabak penyakit dunia (pandemik) oleh WHO yang boleh menjejaskan ekonomi dunia. Ini boleh ditunjukkan oleh prestasi saham dunia bagi mewakili kejatuhan ekonomi dunia.

Dalam sejarah, kejatuhan pasaran saham disebabkan oleh beberapa krisis atau gangguan dan bencana. Antaranya, krisis kewangan Lehman (2008), Perang Dunia Kedua (1940) dan Dot Com Bubble (2002).

Graf di atas diambil daripada lamanweb CNBC menunjukkan Covid-19 mempunyai impak besar kepada ekonomi dunia. Dalam tempoh 16 hari wabak koronavirus Covid-19 menyebabkan kejatuhan pasaran saham dunia 20.7% berbanding kesan Peperangan Dunia Kedua sebanyak 24.6%.

Industri Pelancongan Lumpuh Kesan Covid-19

Industri pelancongan dikatakan yang paling terus terjejas kesan wabak Covid-19. Ini kerana banyak negara yang melancong ke negara mereka dan banyak juga negara yang melarang rakyatnya melancong ke luar negara. Contohnya, Itali dan China melarang rakyatnya melancong ke luar negara.

Dua sub-sektor yang terjejas dalam industri pelancongan ialah industri penerbangan & perkapalan dan industri perhotelan.

International Air Transport Association (IATA) meramalkan jumlah kerugian hasil oleh semua syarikat penerbangan kesan wabak Covid-19 ialah USD63 bilion hingga USD113 bilion bagi 2020. Angka ini tidak termasuk operasi kargo.

Christine Lagarde, Presiden Bank Pusat Eropah memberi amaran akan kejatuhan ekonomi akibat Covid-19 hampir sama dengan krisis kewangan global tahun 2008, manakala Perdana Menteri Singapura menjangkakan keadaan ekonomi akan lebih teruk.

Banyak negara mengambil tindakan drastik bagi mengawal bahaya koronavirus. Afrika Selatan memberitahu dunia yang ia akan menutup sempadan negara kepada negara-negara yang terjejas teruk dengan koronavirus (Covid-19).

Portugal juga akan menutup sempadan dengan Sepanyol selama sebulan untuk membendung penularan virus Covid-19. Bagaimanapun, penghantaran barang dan perjalanan individu untuk bekerja di lintasan sempadan.

Turki pula mengenakan langkah kuarantin ke atas ribuan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi. Di Brunei, rakyatnya, penduduk tetap dan warga asing yang memegang kad pengenalan sah tidak dibenarkan keluar dari negara. Sementara, Australia telah melarang rakyatnya tidak pergi ke luar negara dan mengharamkan semua perhimpunan yang melebihi 100 orang.

Bagaimana Malaysia Mengawal Wabak Virus Covid-19

Bagi mengawal wabak virus Covid-19, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu iaitu mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Atau, lebih tepat “stay at home.”

Asas dan rasional kepada Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilihat dari carta berikut:

Bagaimana Anda Dapat Memahami Kesan Wabak Virus Covid-19 Ke Atas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia?

Bila ekonomi meleset, takda seorang pun akan berkata ‘saya tidak terkesan’. Ada yang berkata, ‘saya seorang pesara, setiap bulan saya tetap dapat pencen’ – betul lah!

Tetapi dari mana Kerajaan mendapat duit untuk membayar pencen, tentulah dari pendapatan Kerajaan terutamanya cukai pendapatan perniagaan dan cukai pendapatan individu.

Tetapi cukai pendapatan perniagaan dibayar dari keuntungan. Jika tidak untung macam mana nak bayar cukai pendapatan. Macam mana pula nak untung jika jualan pun merosot pada hal kos pengeluaran tidak menurun.

Akibat larangan melancong samada pelancongan dalam negeri atau luar, perniagaan perhotelan dan pendapatan syarikat penerbangan terjejas. Pengendali pelancong akan juga terjejas perniagaan mereka. Selanjutnya, pendapatan penyewaan bas pelancongan, jualan cenderahati turut terjejas. Hotel akan memberhentikan pekerja mereka sekiranya larangan pelancongan berterusan. Ini kerana pendapatan sewaan bilik dan restoren makanan tidak dapat lagi kos pengurusan.

Jangan tak percaya, pengangguran akan meningkat bila perniagaan terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Mereka yang ada rumah dan keluarga akan terkena bahang Covid-19. Pinjaman bank atau sewa rumah tetap kena bayar; makanan, susu dan pampers anak tetap kena beli; duit tusyen dan tadika tetap kena bayar.

Restoran dan Kedai Makan

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan orang ramai juga dilarang berkumpul di restoran dan kedai makanan – yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Hampir kebanyakan restoran sangat lumpuh. Pelanggan hanya boleh beli dan bungkus. Restoran dan kedai makan boleh ditutup lamanya jika larangan terus berkekalan berbulan. Sebab, bisnes takda macam mana nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai yang mungkin berbelas ribu sebulan.

Pekerja dalam industri pengangkutan

Mereka yang bergantung hidup kepada teksi penumpang sudah merasakan impak koronavirus Covid-19. Ini kerana ketiadaan atau kekurangan penumpang menaik teksi selaras dengan arahan Kerajaan supaya orang ramai menghadkan perjalanan.

Seorang pemandu teksi yang biasa mendapat RM60 sehari sebelum penularan Covid-16, hari seterusnya mungkin dapat sedikit penumpang atau tiada.

Pendapatan Nelayan

Aktiviti nelayan akan berkurangan terutama sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membendung penularan virus Covid-19.

Penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan negatif kepada nelayan. Ia bukan sahaja aktiviti menangkap ikan terjejas malah pendapatan harian mereka merosot teruk. Jika bekalan ikan kurang, harga akan naik dan pengguna yang akan merasa kesannya.

Kemasukan Pelancong

Pendapatan dari pelancongan di Langkawi contohnya dijangka berkurangan hampir 40% akibat wabak koronavirus Covid-19.

Kira-kira 40% daripada pasaran pelancongan di Langkawi disumbangkan daripada pelancong China ke pulau itu. Antara faktor yang menyebabkan penurunan jumlah pelancong ke Langkawi ialah kerana pembatalan penerbangan terus dari China Langkawi. Di samping itu, kerajaan China sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan penerbangan ke luar negara dari bandar tertentu.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Bagaimanapun Kerajaan telah pun merangka Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menyediakan peruntukan untuk menggerakkan ekonomi.

Kerajaan memperuntukan RM3.88 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Langkah tambahan Pakej di atas ialah, antaranya:

  • Bantuan kewangan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
  • Diskaun caj letrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian.
  • Pembayaran awal bantuan sara hidup, dan
  • Perlaksanaan projek-projek kecil Pre-2020

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *