Kedutaan China hulur bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia

  • By Wendy. V
  • March 20, 2020
  • 0
  • 235 Views

Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi membendung gejala wabak koronavirus, COVID-19 daripada terus merebak mengancam nyawa rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kedutaan China di Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menyalurkan bantuan peralatan perubatan bagi membantu negara mengatasi COVID-19.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran Facebooknya berkata, Kedutaan China di Malaysia telah memaklumkan bantuan itu sudah dalam perjalanan untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Bantuan perubatan dari Kedutaan China dalam perjalanan dihantar ke Hospital Sungai Buloh

“Terima kasih kepada kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian (Duta China ke Malaysia) semasa perjumpaan kami – bukit sama didaki, lurah sama dituruni!,” kata Hishammuddin.

Menerusi hantaran itu juga, Hishammuddin berkata pada Isnin lalu, beliau telah bertemu dengan Bai Tian di Wisma Putra untuk berbincang mengenai bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan China bagi membantu Malaysia menangani wabak COVID-19.

“Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitizer, kit ujian COVID19 dan lain-lain,” ujarnya.

Kedutaan China di Kuala Lumpur melalui laman sosial mereka memuat naik beberapa gambar bantuan pertama iaitu peralatan perubatan yang kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

“Tindakan tanpa penangguhan! Kumpulan pertama peralatan perubatan dari China sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Yang terbaharu hari ini, sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba di negara ini.

100,000 topeng muka diterbangkan dari China ke Malaysia menggunakan Air Asia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran Facebooknya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

“Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan kita telah berjaya dapatkan 100,000 topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia,” katanya.

Menurutnya, syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia secara sukarela menerbangkan peralatan tersebut ke Malaysia secara percuma.

Sarung tangan klinikal sumbangan Malaysia kepada China di awal krisis koronavirus

Terdahulu, kerajaan Malaysia pernah menghulurkan bantuan sebanyak 18 juta sarung tangan klinikal ke China ketika negara itu berhadapan krisis koronavirus dan kekurangan alatan perubatan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *