Malaysia catat dua kes kematian pertama akibat COVID-19

Malaysia mencatatkan dua kes kematian pertama akibat wabak COVID-19  melibatkan warganegara Malaysia sendiri. Dua kes kematian itu membabitkan kes ke-178 dan ke-358.

Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling tempoh hari. Beliau mula mengalami gejala mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah didapati positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata pesakit merupakan ‘pure COVID-19’ iaitu tidak menghidap penyakit lain dan dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Beliau terpaksa diberikan bantuan pernafasan menerusi mesin ventilator berikutan tahap kesihatan yang semakin merosot.

Manakala, kes ke-358 merupakan lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac dan mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19. 

Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada semalam (17 Mac).

Sebanyak 120 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari (Selasa). Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Orang ramai diggesa untuk mematuhi segala arahan berkaitan dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) yang akan dikuatkuasakan mulai hari ini, 18 Mac sehingga 31 Mac 3020.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *