Bazar Ramadhan mungkin dibatalkan ekoran COVID-19

  • By Wendy. V
  • March 18, 2020
  • 0
  • 251 Views

Kerajaan negeri Johor disarankan untuk menangguhkan sementara operasi Bazar Ramadan yang akan berlangsung sempena bulan Ramadan yang jatuh pada minggu ketiga bulan April depan.

Perkara itu disuarakan oleh Pemikir Parti Amanah Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain yang menjelaskan hal itu bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19 yang semakin mengugat di negara ini.

Beliau menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pengerakan yang dijalankan oleh kerajaan ini dijangka akan berlarutan dengan peningkatan pesakit dan membabitkan kematian seramai dua orang semalam.

“Kerajaan perlu pertimbangkan untuk membatalkan bazar Ramadan kerana ia akan mengundang pelbagai masalah dan mudah untuk penyebaran virus Covid-19 ini. Kerajaan perlu kreatif dengan mengambil langkah yang drastik untuk menyelesaikan dilema ini, bukan hanya menanti dan melihat tanpa ada sebarang konklusi yang baik,” jelasnya ketika dihubungi.

Selain itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bekata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan rasmi berkenaan berlansungnya bazar ramadan pada bulan April kelak.

“Seandainya arahan daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh mengurangkan pergerakan masyarakat sehingga bulan April, kemungkinan besar gerai bazar ramadan akan kita batalkan tetapi bergantung kepada keputusan kerajaan apa yang hendak dilaksanakan bulan depan,” katanya.

Tambah beliau lagi, perintah kawalan ini juga adalah termasuk penutupan gerai-gerai pasar malam dimana melibatkan perhimpunan orang ramai.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *