Mahkamah di Malaysia kuatkuasakan undang-undang ketat terhadap pemburu haram

  • By Wendy. V
  • March 16, 2020
  • 0
  • 200 Views

Dalam satu hukuman yang jarang berlaku oleh mahkamah Malaysia, tiga pemburu haram Kemboja tidak diberi pilihan tetapi menghabiskan masa di dalam penjara setelah dikenakan hukuman penjara sahaja tanpa dikenakan denda. Ketiga-tiga lelaki tersebut masing-masing dijatuhkan penjara selama 12 tahun 8 bulan kerana memiliki pelbagai jenis hidupan liar yang dilindungi.

Peruntukan di bawah undang-undang hidupan liar Malaysia untuk spesies yang berkenaan membenarkan hakim menghukum pesalah dengan gabungan denda dan penjara sekaligus. Hakim biasanya mengenakan hukuman menggunakan kedua-dua jenis penalti dan pada masa-masa hanya mengeluarkan denda, menjadikan hukuman yang dikenakan ini oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, sebagai sesuatu yang tidak lazim dan telus.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka hanya akan dikenakan hukuman 24 bulan penjara dan bukannya 152 bulan penuh dari 7 tuduhan yang telah disabitkan kepada mereka kerana mahkamah mengarahkan semua syarat penjara itu dijalankan serentak.

Warga Kemboja itu ditangkap di taman negara di Terengganu pada Mei 2019, sekali dengan spesis haiwan terlindung Sunda Pangolin Manis javanica, Bearded Pig Sus barbatus dan Malayan Civet Viverra tangalunga. Ketiga spesies ini disenaraikan sebagai Totally Protected under the Wildlife Conservation Act 2010, melarang sebarang bentuk perburuan atau perdagangan.

Pemburu-pemburu tersebut juga ditemui dengan spesies yang dilindungi seperti Lesser Mousedeer Tragulus javanicus, Brush Tail Porcupine Atherurus macrourus, Asian Brown Tortoise Manouria emys dan Wild Boar Sus scrofa, di mana perdagangan dibenarkan melalui pemilikan pelesenan.

Kes tersebut didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainaa Ridzwan, sebelum Hakim Nooriah Osman.

Mahkamah di Malaysia mengeluarkan denda berat untuk pemburuan haram hidupan liar dan perdagangan haram. Pada Mei 2019, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman kepada dua orang warga Vietnam dengan denda sebanyak RM1.56 juta (USD390,000), dan dua tahun penjara masing-masing kerana memiliki benda terlarang, iaitu bahagian haiwan terancam dan dilindungi.

Dan pada Mac 2019, satu lagi rakyat Vietnam yang ditangkap di negeri Perak, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM850,000 setelah didapati bersalah atas 10 tuduhan di bawah undang-undang hidupan liar yang sama. Dia didapati bersalah kerana memiliki 273 bahagian hidupan liar.

Sementara itu, laporan TRAFFIC yang menganalisis tindakan undang-undang yang melibatkan Sumatran Serow Capricornis sumatraensis mendapati bahawa hukuman yang dikenakan oleh mahkamah di Semenanjung Malaysia dari 2017-2019 jauh lebih tinggi daripada pada tahun sebelumnya, 2005-2010. Penalti tertinggi bagi kesalahan berkaitan Serow adalah pada 2017 dengan denda berjumlah RM1.2 juta (USD300,000) dan penjara 48 bulan yang dikenakan ke atas dua orang lelaki warga Malaysia yang disabitkan atas pemilikan haram kepala haiwan dan bahagian lain dalam simpanan hutan di Pahang.

Seramai 102 orang telah ditangkap berhubung dengan penyeludupan hidupan liar dan perburuan haram sejak Malaysia melancarkan kempen penguatkuasaan terhadap jenayah hidupan liar pada September 2019, 43 daripada mereka warga tempatan dan selebihnya warga asing.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *