Kementerian Kesihatan sahkan empat kes polio direkodkan di Sabah

Ketika seluruh dunia sibuk dengan kes koronavirus atau COVID-19 yang semakin membimbangkan, Malaysia kini berdepan dengan satu lagi virus iaitu Poliovirus yang juga dikatakan mudah merebak. Seperti yang kita ketahui, virus ini akan membawa penyakit Polio atau nama panjangnya poliomyelitis yang boleh menyebabkan lumpuh seumur hidup dan juga ada yang membawa kepada kematian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan pengesahan di laman Twitter bahawa terdapat satu lagi kes Polio terbaharu yang telah dikesan dan menjadikan terdapat empat kes polio di Sabah setakat ini.

Kes terbaharu ini, melibatkan kanak-kanak lelaki bukan warganegara yang berumur tiga tahun di Sandakan. Menurut kenyataan akhbar yang dikongsikan diberitahu bahawa, kanak-kanak ini tidak pernah menerima vaksin polio sejak lahir.

Seterusnya, empat kes yang disahkan polio ini melibatkan kanak-kanak lain yang berumur tiga dan lapan tahun dari Sandakan dan 11 tahun dari Kinabatangan. Hanya satu kes yang masih dirawat di hospital iaitu kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kini kanak-kanak yang dijangkiti ini telah berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Menurutnya lagi, tiga daripada empat kes ini merupakan bukan warganegara, yang tidak pernah menerima vaksin polio.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *