Stor minuman keras seludup bernilai RM240,350 tumpas

  • By Wendy. V
  • March 11, 2020
  • 0
  • 110 Views

Sebuah bangunan stor yang dijadikan tempat penyimpanan dan penjualan minuman keras seludup diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran dalam satu kejadian di Jalan Labuk, Batu Sembilan, pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat orang awam, kira-kira jam 10 pagi, pihaknya telah pergi ke sebuah bangunan stor tidak bernombor di Jalan Labuk Lama bagi membuat serbuan penjualan arak seludup.

Pihaknya yang tiba di lokasi berkenaan telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada seorang lelaki yang mengaku penyewa bangunan stor tersebut. Pihaknya kemudiannya memeriksa bangunan stor berkenaan dan mendapati terdapat pelbagai jenis minuman keras dipercayai arak seludup.

Dalam serbuan itu, suspek lelaki tempatan, 36 tahun, yang merupakan pemilik stor itu mengaku menjual minuman keras tanpa cukai. Lelaki berkenaan diberkas kerana dipercayai menjual, menyeludup dan menyimpan minuman keras dipercayai tiada kelulusan kastam.

Antara yang dirampas dalam serbuan pada Selasa ialah 4,200 tin dan 164 botol minuman keras seludup

Sementara itu, sebanyak 4,200 tin dan 164 botol minuman keras seludup turut berjaya dirampas. Minuman keras jenama Skoll sebanyak 130 karton, Tiger (45 karton), Anchor (7 kotak) dan Chivas (7 kotak) yang dianggarkan bernilai RM240,350.00 termasuk cukai. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis van dianggarkan bernilai RM10 ribu.

Lokasi itu berjaya dikesan susulan pembabitan dalam kegiatan penyeludupan. Oleh itu, sepasukan anggota kemudiannya dihantar membuat serbuan.

Kes terbabit akan disiasat di Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Suspek bersama barang-barang rampasan kemudiannya dibawah ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan lanjut.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *