COVID-19: 10 lagi kes baharu direkodkan di Malaysia

Dengan peningkatan yang mendadak sebanyak 28 kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan di Malaysia semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 10 lagi kes baharu direkodkan setakat tengah hari, hari ini.

Dengan peningkatan itu, menjadikan jumlah kumulatif mangsa yang positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 93 kes.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu yang dilaporkan itu merupakan kontak rapat kepada kes ke-33.

“Kesemua kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya. KKM juga ingin memaklumkan bahawa hasil siasatan terkini terhadap kontak-kontak rapat kepada kes ke-26, mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sejumlah 132 kontak rapat juga telah dikenalpasti berkait dengan kes itu. Katanya, daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif dan kini masih dirawat di hospital.

“Kesemua mangsa juga berada dalam keadaan stabil, manakala, 38 kontak rapat adalah negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

“Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi, namun semua kontak rapat ini dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Katanya, KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.

Sementara itu, 93 kes positif yang direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi itu terdiri daripada 75 rakyat Malaysia, 15 China dan masing-masing satu kes melibatkan warga Amerika Syarikat, Jepun dan Itali.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *