Agong dan Raja Permaisuri Agong sambut ulangtahun perkahwinan ke-34

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka ke-34 tahun, hari ini.

Laman Facebook “House of Pahang” memuatnaik ucapan ulangtahun untuk pasangan diraja beserta dengan gambar manis merek, pagi tadi.

“Selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-34 untuk pasangan paling diminati ramai di Malaysia,” tulisnya.

Posting tersebut disambut dengan hampir 300 komen dari rakyat Malaysia dari semua latar belakang yang masing-masing mengucapkan tahniah kepada Agong dan Raja Permaisuri Agong pada hari bahagia mereka.

“Selamat hari ulangtahun buat Raja dan Permaisuri kita yang dikasihi. Tuhan memberkati, “kata Maureen Poh Poh.

“Ulangtahun yang membawa berkah, Tuanku. Terlihat kacak (cool) dengan cermin mata,”tulis Kiran Kartana, merujuk kepada cermin mata yang sepadan dipakai oleh kedua-duanya.

Sultan Abdullah mengikat tali perkahwinan dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986 di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Mereka dikurniakan dengan empat anak lelaki dan dua orang anak perempuan serta tiga cucu.

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang pada 24 Januari 2019 dan mengangkat sumpah jawatan pada 31 Januari 2019.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *