SPM 2019: Pencapaian lebih dengan GPN 4.86

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, tahun ini mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 berbanding 4.89 pada tahun sebelumnya.

Pada masa sama, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan GPN 0.01 pada 2019 berbanding 2018.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, pencapaian calon luar bandar meningkat 0.44 peratus kepada GPN 5.14 berbanding 5.18 pada 2018, manakala pencapaian calon bandar ialah pada GPN 4.70 berbanding 4.75 pada tahun sebelumnya.

“Sebanyak 389,498 calon telah menduduki peperiksaan SPM dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,876 calon iaitu 2.28 peratus memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 8,436 calon (2.15%) pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah menunjukkan graf Gred Purata Nasional tahun 2019

“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian iaitu gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan sebanyak 2,678 calon (0.79%) iaitu 77,038 calon (19.78%) pada tahun ini berbanding 74,360 calon (18.99%) pada tahun lepas.

“Selain itu, peratus calon yang layak menerima sijil SPM selepas lulus mata pelajaran wajib SPM, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon (86.72%) berbanding 338,350 calon (86.39%) pada tahun lalu,” katanya dalam sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2019 pada Khamis.

Mengulas lanjut, Habibah berkata, bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK), sebanyak 61.34 peratus daripada 860 calon layak dianugerahkan sijil manakala 56 peratus calon daripada jumlah keseluruhan menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

“Sebanyak 87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, (89.84%) calon menguasai kemahiran menganalisis, (79.89%) calon menguasai kemahiran menilai dan kemahian mencipta pula mencatatkan 89.91 peratus calon,” jelasnya.


Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *