Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung

  • By Wendy. V
  • February 22, 2020
  • 0
  • 63 Views

Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, Jeli, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin, berkata mangsa, Mohd Zulfahmie Fitri Zulkefli, 24, bersama adiknya yang berusia 20-an difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kuala Besut, Terengganu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh dan merempuh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang bertugas di Balai Polis Mahang, Kulim, Kedah dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat,” katanya.

Walau bagaimanapun, keadaan adik perempuan mangsa pula agak kritikal dan turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *