Ahli perniagaan rugi RM266k ditipu scam tawar beli topeng muka

  • By Wendy. V
  • February 20, 2020
  • 0
  • 150 Views

Seorang ahli perniagaan kerugian RM266,153 dalam satu sindiket penipuan apabila beliau mencuba membeli 20,000 topeng muka dari laman Internet.

OCPD Sibu, Asst Comm Stanley Jonathan Ringgit berkata, sekitar pukul 7 malam pada Rabu (19 Feb), mangsa berusia 36 tahun itu menerima panggilan daripada seorang rakannya dari Singapura yang meminta beliau untuk mencari topeng muka kerana republik itu telah kehabisan stok akibat wabak Covid -19.

“Mangsa kemudian menulis di akaun Facebooknya bahawa dia sedang mencari barang tersebut. Tidak lama selepas itu, seorang individu yang dikenali sebagai Heston Seah memberikan respon,” kata ACP Stanley.

Dia berkata, mangsa diberitahu oleh Heston bahawa dia menjual topeng muka tersebut pada harga $14 (RM41.81) setiap kotak.


Tertarik dengan tawaran itu, beliau menempah 20,000 kotak bernilai RM266,153 untuk dibeli.

“Selepas membuat pembayaran, mangsa memberitahu rakan Singapuranya bahawa topeng muka akan dihantar ke alamat rumahnya,” katanya pada Khamis (20 Feb).

Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, rakan Singapuranya tidak menerima barang-barang itu sementara, Heston telah hilang.

ACP Stanley berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *