COVID-19: Sabah kumpul RM2 juta untuk Tabung Wuhan

  • By Wendy. V
  • February 19, 2020
  • 0
  • 121 Views

Kerajaan Sabah berjaya mengumpulkan sejumlah RM2 juta untuk disumbangkan kepada China yang berdepan dengan situasi berkaitan wabak koronavirus COVID-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sumbangan ikhlas yang diperolehi menerusi Tabung Wuhan China itu merupakan tanda prihatin negeri ini kepada republik berkenaan.

“Kita sedar dan tahu, bahawa dalam keadaan saat ini, dunia sekarang berhadapan dengan koronavirus, bukan sahaja di China, bahkan beberapa negara di dunia. Jadi, kita di antara tempat yang selalu dikunjungi, buat pelaburan di Malaysia.

“Menyedari hakikat yang jiran kita, rakan kita, berhadapan masalah seumpama ini, kita perlu bangun dan bangkit, untuk bukan hanya memastikan sokongan dan doa kepada mereka, tetapi juga supaya masalah malapetaka koronavirus ini dapat dipulihkan dan kita dapat memperolehi satu vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘We Love We Care’ di sini, malam tadi.

Mohd Shafie mengumumkan kerajaan negeri bersetuju mewujudkan tabung berkenaan dengan menyasarkan RM1 juta, untuk disalurkan kepada China, pada 11 Feb lalu.

Beliau berucap, inisiatif sumbangan terbabit adalah dari pihak kerajaan dan swasta, melibatkan badan bukan kerajaan Tionghua.

Beliau turut memuji pihak berkaitan yang berjaya mengumpul wang sumbangan itu dalam tempoh singkat, sebagai tanda semangat perpaduan antara semua pihak dalam menghadapi cabaran COVID-19 di China. 

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, beliau percaya jangkitan COVID-19 hanya bersifat sementara dan keadaan akan pulih sepenuhnya nanti.

“Apabila kerajaan negeri mengumumkan sekatan terhadap kemasukan pelancong China pada 29 Jan lalu, bagi kita ia satu keputusan yang amat sukar, kerana kita mempunyai hubungan baik dengan China, terutama dalam sektor pelancongan.

“Dengan sekatan itu saya lihat banyak masalah yang dihadapi oleh para pengusaha pelancongan, kerana ketiadaan pelancong, khususnya dari China.

“Saya sedar akan masalah itu namun apa yang penting adalah keselamatan dan kesihatan rakyat dan bukannya duit,” katanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *