Bot ditahan cuba seludup bahan terkawal, dua diberkas

  • By Wendy. V
  • February 14, 2020
  • 0
  • 71 Views

Sebuah bot kargo Indonesia yang membawa barangan terkawal tanpa permit telah dirampas di perairan Tawau, pada Khamis.

Unit komunikasi korporat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA), dalam satu kenyataan berkata, dua lelaki ditahan kerana tiada dokumen dan dipercayai dari negara jiran.

Pasukan peronda MMEA menemui kapal yang menuju ke Sungai Melayu, dari Pulau Sebatik sekitar jam 8.30 pagi, semalam.

Ia didapati membawa 80 tangki LPG (gas petroleum cair), 7.2 tan gula pasir yang terdiri daripada 7,200 paket makanan beku, iaitu 3,200 paket ‘frankfurter’ ayam dan 865 paket bebola ayam.

Nilai barang yang disita termasuk bot kargo dan satu unit bot enjin dianggarkan sekitar RM175,000.

“Barang-barang tersebut bersama suspek telah dibawa ke jeti maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat zon maritim untuk siasatan lanjut,” kata pengarah Maritim Zon Tawau, Kapten V. Siva Kumar dalam kenyataan itu.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *