Kes Sajat tunai umrah bertelekung hanya isu kecil – Dr Mujahid Yusof

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 84 Views
Dr Mujahid Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Negara)

Kes viral mengenai jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang pergi menunaikan umrah dengan memakai telekung serta berpakaian seakan jemaah wanita hanya dianggap isu kecil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof enggan mengulas lanjut tentang tindakan yang bakal diambil berhubung isu Sajat.

Sehingga kini tiada tindakan yang diambil terhadap jutawan kosmetik tersebut, lapor Malaysian Gazette.

“Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil…tiada (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Taman Duta, hari ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *