Maksud B40, M40 dan T20 – takrif isi rumah ikut pendapatan

  • By Wendy. V
  • March 29, 2020
  • 0
  • 160 Views

Apabila pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara diumumkan oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia, semestinya pelbagai inisiatif atau bantuan disediakan untuk kelompok kumpulan terutamanya kumpulan B40. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 dan T20?

Menurut statistik Peyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA), Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017 (kajian dibuat 2 kali setiap lima tahun), dianggarkan terdapat lebih 6.9 juta isi rumah di bawah kategori B40 dan M40 serta T20 pada tahun 2016 dengan purata saiz isi rumah seramai 4.1 orang.

B40, M40 dan T20 adalah takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia – terbahagi kepada tiga kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi, pertengahan 40% dan terendah 40%.

1) Kumpulan B40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (Bottom 40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM4,360.

Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional sekarang adalah RM950 sebulan.

2) Kumpulan M40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (Middle 40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan antara RM4,360 hingga RM9,619.

3) Kumpulan T20

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (Top 20) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulana RM9,620 dan ke atas.

Bagi mencapai status Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan menjamin kesejahteraan rakyat, langkah untuk memfokuskan kepada golongan B40 adalah penting.

Namun begitu, kerajaan juga masih perlu membantu golongan M40 dan T20 untuk keharmonian rakyat. Ianya juga bagi membantu meningkatkan keadaan ekonomi Malaysia pada masa kini dan hadapan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *