Pemimpin ARMADA ditahan SPRM

Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM)

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) telah mengesahkan bahawa pemimpin sayap dalam parti BERSATU itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ulya Aqamah Husamudin, Ketua Penerangan ARMADA mendakwa bahawa penahanan itu merupakan satu bentuk tekanan untuk mendiamkan ahli pergerakan itu yang sebelumnya ini telah bersuara dan juga berbeza pandangan dengan pimpinan atasan parti. Ulya dalam kenyataannya juga berharap  pihak SPRM akan melaksanakan siasatan yang adil tanpa berat sebelah, dan tidak mahu Malaysia mengundur ke belakang  kerana kuasa telah dijadikan alat untuk menundukkan ahli parti yang “berbeza pandangan dan berani bersuara”.

Ulya sempat mengingatkan ahli-ahli ARMADA untuk sentiasa “berani dan jangan tunduk pada sebarang tekanan”. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut sebab utama yang telah menyebabkan penahanan pemimpin tersebut.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *