Keterangan Datuk Seri Najib memperdayakan orang – Peguam

Malaysian politician Datuk Seri Najib

Mahkamah Tinggi hari ini telah diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram, mengenai bukti bahawa Datuk Seri Najib telah membelanjakan wang sejumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, termasuk membeli-belah RM2.3 juta di Itali, jelas menunjukkan Najib  mengetahui ada wang yang telah dipindah masuk ke dalam tiga akaun bank peribadinya.

Datuk Sithambaran berkata penyata akaun bank tidak pernah ‘disembunyikan’ daripada Najib, tetapi sebaliknya Najib telah cuba sedaya-upayanya untuk  ‘mengelakkan’ diri daripada terlibat dengan dokumen tersebut.

Datuk Sithambaram yang mengemukakan hujahan di akhir kes pembelaan juga berkata bahawa pendakwaan harus mengesan dari awal hingga akhir kronologi membawa kepada kemasukan wang itu, dan sama ada tertuduh (Najib) sepatutnya tahu mengenainya atau cuma sekadar ‘menutup mata’ atau memperdaya orang. Najib, yang telah sepanjan keterangan di Mahkahmah Tinggi mengekalkan bahawa beliau memberikan alasan bahawa beliau tidak mengetahui kemasukan wang kerana tidak menguruskan akaun peribadinya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *