Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dilantik sebagai Yang Di-Pertua ke-7 Melaka

Former Chief Minister of Malacca Ali Rustam

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan instrumen pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam dalam satu majlis di Istana Negara di sini hari ini.

Pelantikan Mohd Ali berkuat kuasa hari ini selama empat tahun. Beliau menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tempohnya berakhir hari ini.

Selepas penyampaian instrumen pelantikan, Al-Sultan Abdullah turut menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara kepada Mohd Ali. Anugerah ini membawa gelaran Tun.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Al-Sultan Abdullah kemudian menjemput semua orang kenamaan yang hadir ke majlis minum teh. Mohd Ali, 70, dari Bukit Katil, adalah Ketua Menteri Melaka dari tahun 1999 hingga 2013.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *