Suhaimi menegas dia masih Setiausaha Kerja parti BERSATU

United Nation logo

Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Muhamad Suhaimi Yahya menjelaskan beliau masih kekal memegang jawatan itu. Dia menegas bahawa tiada timbul isu mengenai pemecatan beliau daripada parti seperti yang telah didakwa oleh bekas Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya.

Marzuki dalam surat yang ditandatangannya itu menjelaskan pemecatan itu selaras dengan Perlembagaan BERSATU pindaan 2019, kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah fasal 10 serta fasal 16.6. Surat makluman mengenai perkara berkenaan itu bertarikh 28 Mei dan telah ditandatangani oleh Suhaimi. Mengikut fasal 8 iaitu pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah dibawah bidang kuasa Setiausaha Agung. Sejurus itu, mengikut fasal 16.6, tugas Setiausaha Agung ialah untuk mengelola pentadbiran ibu pejabat dan semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *