Tiada Ahli Parlimen kami yang akan lompat parti – PKR

PKR flag

PKR mengesahkan tiada Ahli Parlimen dari parti itu yang akan melompat parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN). Chang Lih Kang, Naib Presiden PKR, berkata laporan yang mengatakan lima Ahli Parlimen PKR akan keluar parti cuma hanya khabar angin.

Sumber itu turut mengesahkan beberapa Ahli Parlimen PKR yang sebelum ini dilihat tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan melompat parti.

Beliau mengulas laporan portal berita yang mendakwa lima Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti tidak lama lagi dan menyokong PN bagi mengukuhkan lagi kedudukan perikatan itu sebagai kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ini, seramai 114 Ahli Parlimen mengesahkan sokongan mereka kepada PN membabitkan wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN), PAS, MCA, MIC, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *