Ramai Anggota Parlimen didakwa tidur, main telefon semasa ucapan Agong – termasuk Najib dan Zahid

Semasa ucapan agong banyak MP dilihat sedang tidur dan bermain permainan

Golongan netizen yang sempat melihat siaran langsung sesi Parlimen yang disiarkan oleh RTM dapat mengenal pasti para AP yang sedang sibuk itu bermain telefon bimbit mereka, dan lebih teruk lagi ada juga yang sedang tidur dalam sidang Parlimen secara langsung di televisyen.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) kerajaan baru Malaysia didakwa kelihatan seperti sedang tidur atau menggunakan telefon bimbit mereka semasa di Dewan Rakyat, Isnin yang lepas.
Najib Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kelihatan seperti sedang tidur manakala Presiden UMNO, Zahid Hamidi pula sedang menggunakan telefon bimbitnya.

Apabila rakaman secara langsung itu memaparkan kawasan para AP daripada Perikatan Nasional, kelihatan juga anggota Majlis Tertinggi Umno Noh Omar sedang menutup mata beliau.
Mantan Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh dan AP Serian Richard Riot Jaem pula kelihatan sedang menggunakan telefon bimbit merkea semasa Agong berucap tentang pakej rangsangan ekonomi bernilai RM260 bilion (S$85 bilion).

Pada ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah sedang menyampaikan ucapan diRaja beliau sempena pembukaan penggal ketiga sesi Parlimen ke-14.

Netizens turut meluahkan keprihatinan jikalau tingkah laku para AP itu sebenarnya tidak menghormati Agong dan juga mempersoalkan jikalau mereka benar-benar sedang mendengar.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *