Riza Aziz mungkin jadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB

Riza Shahriz Abdul Aziz kemungkinan akan menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan rasuah

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan di jadikan saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib.

Pada 14 Mei lalu, Riza Aziz telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram telah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa terdapat perkembangan terbaru dalam kes tersebut, iaitu Riza Aziz akan dimasukkan ke dalam senarai saksi bagi pihak pendakwaan.

Justeru itu, pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan rasmi berhubung kes tersebut.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *