Kempen Coffee Break Petronas tumpu kepada para petugas barisan hadapan

Petronas kembali menganjurkan Kempen Coffee Break

Petronas kembali menganjurkan Kempen Coffee Break Petronas sempena sambutan Hari Raya.

Namun kempen kali ini bukan hanya tertumpu kepada pengguna jalan raya, malah khususnya kepada para petugas barisan hadapan.

Sebagai sebahagian daripada kempen Coffee Break tahunannya, Petronas akan memberi sumbangan kepada 18 organisasi bagi membantu meringankan beban mereka memerangi pandemik COVID-19. Petronas serta rakan-rakan kongsinya akan mengedarkan kopi, makanan ringan dan baucar membeli-belah percuma kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 15 hospital, Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA).

Antara rakan kongsi yang terbabit adalah Nestlé (Malaysia) Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, Podirect Trading (M) Sdn Bhd, iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Ltd (Cawangan Malaysia), Barkath Stores (Sunquick Malaysia), Julie’s Marketing Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.

Petronas juga menyumbangkan 94 tong gas memasak PETRONAS serta bekalan makanan dan barang keperluan bernilai RM40,000 kepada 10 rumah kebajikan di seluruh Malaysia sempena musim perayaan ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *