Hati-hati penipuan jualan topeng muka atas talian

  • By Wendy. V
  • March 24, 2020
  • 0
  • 258 Views

Ketika mana kita semua diselubungi kebimbangan COVID-19, terdapat pihak yang menangguk di air yang keruh dengan melakukan penipuan secara atas talian (online scamming).

Berdasarkan perkongsian daripada laman Facebook “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police”, sejumlah 336 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan jualan topeng muka dalam talian. Angka tersebut direkod sejak bulan Januari sehingga hari ini, 24 Mac dan 240 kes merupakan tawaran daripada Facebook.

Scammer meletakkan kotak sebagai taktik penipuan penjualan topeng muka.

Menurut satu perkongsian di Twitter, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan penipuan jualan topeng muka. Bungkusan kotak topeng muka tersebut diisi dengan kotak semata-mata dan bukannya topeng muka. Sungguh busuk sekali hati scammer tersebut.

Dalam bebenang twitter itu juga, terdapat juga netizen yang berkongsi turut ditipu oleh sindiket penjualan topeng muka yang tidak bermoral. Topeng muka yang dibeli kelihatan seperti sudah digunakan berdasarkan keadaan topeng muka berkenaan yang agak kotor dan lama.

Topeng muka yang sudah digunakan dijual kepada pembeli atas talian

Kepada orang ramai, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat pembelian topeng muka secara dalam talian. Antara tips yang boleh anda ikuti adalah dengan meneliti terlebih dahulu komen atau ulasan yang diberikan pengguna lain. Sekiranya anda membeli daripada platform beli-belah dalam talian seperti Shopee, jangan sesekali membuat pembayaran diluar platform.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi yang dibangunkan khas yang ditawarkan oleh PDRM iaitu Check Scammers CCID. Melalui aplikasi ini, anda boleh menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon penjual tersenarai dalam rekod penipuan dengan pihak polis ataupun tidak.

Pihak CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan 7 langkah penting sebagai panduan kepada pengguna di Malaysia supaya tidak terpedaya dengan penipuan dalam talian. Khususnya, di waktu ketika ini di mana berlakunya peningkatan penipuan dalam talian yang melibatkan penularan berita palsu serta penipuan penjualan pembasmi kuman dan penjualan pelindung muka menerusi platfom-platfom media sosial.

Jadi, bagi menangani penipuan ini, anda boleh jadikan 7 langkah berikut sepertimana yang disyorkan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.

1. Semak kesahihan maklumat yang diterima melalui e-mel & mesej teks (WhatsApp atau Telegram) mengenai Covid-19.
2. Jangan kongsi maklumat peribadi/data kewangan melalui e-mel & mesej teks.
3. Jangan beri maklumbalas terhadap permintaan maklumat sulit/peribadi melalui e-mel & mesej teks daripada pengguna tidak dikenali.
4. Jangan muat turun pautan dari e-mel & mesej teks dari pengguna tidak dikenali.
5. Rujuk hanya kepada sumber yang dipercayai iaitu laman web atau saluranyang diperakui oleh Kerajaan untuk tentusahkan maklumat terkini mengenai Covid-19.
6. Pastikan gajet ICT dipasang dan dikemas kini dengan perisian antivirus kepada tetapan pangkalan data antivirus terkini.
7. Lapor insiden/ancaman siber ke Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 di saluran mereka.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *