Pesakit COVID-19 berjaya sembuh dengan menggunakan ubat untuk merawat wabak Ebola

  • By Wendy. V
  • March 21, 2020
  • 0
  • 300 Views

Seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun yang didiagnosis dengan penyakit wabak koronavirus (COVID-19) telah berjaya dirawat dan sembuh daripada wabak itu di Milan, Itali. Pihak perubatan Milan yang merawat lelaki warga emas itu telah menggunakan ubat yang digunakan pengidap Ebola bagi pesakit COVID-19.

Menurut pihak rasmi kesihatan, pesakit itu mula mendapatkan rawatan pada 7 Mac dan berdasarkan keputusan, beliau didapati negatif dalam dua ujian yang diambil setelah berada di hospital selama 12 hari.

“Kami mempunyai satu-satunya individu yang sembuh; dua sampel ujian yang diambil ke atas beliau kedua-duanya negatif,” jelas Proffesor Matteo Bassetti, pengarah Klinik Penyakit Berjangkit di mana pesakit tersebut dirawat.

Menurut surat khabar Daily Mail, seorang pesakit wanita di Amerika Syarikat yang disahkan positif koronavirus dan didapati kritikal juga menunjukkan tindak balas positif terhadap pengambilan ubat yang digunakan untuk merawat Ebola.

Ubat yang dikenali sebagai “Remdesivir” dibangunkan 10 tahun lalu sebagai satu rawatan yang berpotensi untuk merawat Ebola. Ianya dihasilkan oleh syarikat ubat Gilead di Amerika Syarikat dan menunjukkan kejayaan dapat merawat wabak itu.

Saintis dari China juga mendakwa ubat berkenaan mampu memperlahankan simptom dan dianggap efektif membendung COVID-19.

“Buat masa sekarang hanya ada satu ubat yang kami fikir mempunyai kecekapan selayaknya, dan ianya ialah remdesivir,” menurut Bruce Aylward, jurucakap rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan media terbaharu di China.

Pakar perubatan memberitahu, ubat tersebut diubah suai untuk dimasukkan ke dalam tubuh manusia yang menjadi satu daripada empat blok DNA yang dipanggil ‘nucleotides’.

Koronavirus mula merebak di Wuhan, China pada hujung bulan Disember dan telah tersebar sekurang-kurangnya di 160 buah negara. WHO telah mengisytharkan penularan wabak tersebut sebagai pandemik.

Sementara kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk membendung penularan koronavirus di seluruh dunia, para saintis di 100 buah negara berterusan mencari ubat atau vaksin bagi merawat wabak ini.

Pakar masih menjalankan penyiasatan sama ada ubat-ubatan atau pun campuran yang digunakan untuk merawat penyakit lain efektif untuk melawan kes COVID-19.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *