Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2020: Susanna Liew

Susanna Liew merupakan antara 12 individu yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (International Women of Courage Award) bagi tahun 2020. Beliau merupakan isteri kepada pastor Kristian iaitu Raymond Koh, yang diculik pada 2017.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, anugerah tersebut diberikan kepada wanita di seluruh dunia yang telah menunjukkan keberanian dan kepimpinan dalam menyokong keadilan dan hak asasi manusia.

Susanna telah berjuang mencari pembelaan mewakili beberapa ahli minoriti dan turut disifatkan sebagai seorang yang aktif dalam mencari keadilan terhadap suaminya dan aktivis lain termasuk Amri Che Mat, Joshua Hilmy, dan Ruth Sitepu – atau mereka yang menimpa nasib yang sama.

Raymond yang merupakan pengasas persatuan Harapan Komuniti, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya ketika memandu pada 13 Februari 2017.

“Walaupun berdepan dengan ugutan, dia terus mencari pembelaan untuk suami dan individu lain, bukan keranan kepercayaan mereka, sebaliknya kerana hak mereka sebagai rakyat Malaysia,” demikian kata kenyataan tersebut, hari ini.

Selain Susanna, 11 wanita lain yang dipilih menerima anugerah tersebut adalah dari Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Bolivia, Burkina Faso, China, Nicaragua, Pakistan, Syria, Yaman dan Zimbabwe.

Kesemua finalis yang dipilih akan menyertai Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP), dan akan dibawa melawat beberapa bandar di seluruh negara sebelum kembali ke Los Angeles bagi menamatkan program tersebut pada 16 Mac.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *