Nyamuk didakwa boleh menyebarkan jangkitan wabak COVID-19? Benar atau tidak?

  • By Wendy. V
  • April 28, 2020
  • 0
  • 222 Views

Terdapat pertikaian yang kerap diperdebatkan mengenai kaedah penularan COVID-19 adalah kemungkinan ia merebak melalui jangkitan nyamuk yang pasti menjadikan usaha membendung menjadi teramat sukar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengesahkan bahawa manusia tidak akan terdedah kepada ancaman COVID-19 melalui gigitan nyamuk.

“COVID-19 adalah virus respiratori yang berjangkit menerusi titisan air atau cecair yang disebarkan menerusi batuk atau bersin atau lendir dari hidung,” kata WHO.

Pengesahan turut diperakui oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Nyamuk, Eric Jackson. “Walaupun nyamuk boleh membawa pelbagai jenis virus, tetapi ia perlu berevolusi untuk menjadikan nyamuk itu sebagai pembawa.

“Setakat kajian kami, koronavirus bukanlah sejenis virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk daripada pesakit kepada pesakit lain,” katanya.

Sebab mengapa nyamuk dikhuatiri memainkan peranan dalam penyebaran koronavirus adalah kerana ia diketahui boleh menyebarkan pelbagai penyakit membunuh seperti malaria, zika dan denggi.

Elizabeth McGraw, Pengarah Pusat Dinamik Penyakit Berjangkit merangkap profesor di Universiti Penn State, menjawab kemungkinan COVID-19 boleh dibawa oleh nyamuk di dalam sebuah video.

Dalam video itu, McGraw menjelaskan dengan jelas bahawa para saintis tidak menjangkakan koronavirus mampu berpindah dari satu individu ke individu yang lain melalui gigitan nyamuk. Jadi, tidak ada risiko virus itu dibawa oleh nyamuk.

“Kita tahu ini adalah jangkitan saluran pernafasan dan paling biasa disebarkan oleh titisan besar yang dikeluarkan dari saluran pernafasan. Kita juga tahu bahawa ketika berhadapan dengan masalah SARS dan MERS, nyamuk kelihatan seperti tidak terlibat dengan penyebaran melibatkan koronavirus yang berkaitan,” kata McGraw.

Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh nyamuk, yang menjangkiti orang sakit kepada orang yang sihat. Walau bagaimanapun, virus yang menyebabkan COVID-19 kemungkinan besar hanya merupakan penyakit bawaan udara.

Walaupun kita tahu bahawa ia boleh memberikan beberapa kesan dramatik terhadap darah, namun para saintis tidak bersetuju bahawa ia boleh dibawa dari seorang manusia ke manusia lain oleh gigitan nyamuk.

Sekarang usaha untuk mencari ubat penawar bagi merawat COVID-19 sedang giat dijalankan. Sementara vaksin dibangunkan, langkah-langkah menghindari wabak seperti penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan tangan perlulah menjadi norma baharu dalam masyarakat bagi mengekang penularan COVID-19.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *