Penggunaan hand-sanitizer boleh cetuskan bahaya, amalan cuci tangan lebih berkesan

  • By Wendy. V
  • April 18, 2020
  • 0
  • 212 Views

Seiring dengan kerisauan masyarakat terhadap wabak COVID-19, permintaan akan alatan penjagaan kebersihan bagi mencegah penularan virus COVID-19 semakin meningkat, termasuklah hand-sanitizer. Produk hand-sanitizer mendapat permintaan yang tinggi sehingga sering kehabisan stok, sampaikan ada sesetengah mereka yang melakukan inisiatif membuat hand-sanitizer sendiri.

Penggunaan hand-sanitizer dianggap sebagai salah satu cara yang sederhana, cepat, dan mudah untuk membersihkan tangan dari bakteria dan virus ketika sedang jauh dari sumber tempat mencuci tangan.

Hand-sanitizer mempunyai dua jenis, iaitu yang berasaskan alkohol dan satu lagi bukan alkohol. Bagi hand-sanitizer bukan alkohol, ianya tidak mudah terbakar dan tidak beracun serta penggunaan yang lebih efektif dalam memberikan perlindungan terhadap kuman. Selain itu, hand-sanitizer bukan alkohol juga memiliki risiko lebih rendah ketika tanpa sengaja tertelan atau terkena api.

Hand-sanitizer berasaskan alkohol pula banyak digunakan oleh orang awam dan petugas kesihatan. Hand-sanitizer jenis ini mengandungi bahan-bahan beralkohol seperti isopropanol, n-propanol, etanol atau kombinasi dari bahan-bahan ini. Tetapi kebiasaannya, kebanyakan yang berada di pasaran mempunyai 60 hingga 85% kandungan ethanol.

Walaupun secara kajian penggunaan hand-sanitizer dapat mengurangkan jumlah kuman dan jangkitan di tangan serta penularan jangkitan, namun pemakaian hand-sanitizer yang berlebihan boleh mencetuskan bahaya kepada pengguna.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International, pemakaian hand-sanitizer selama 30 hari secara terus-menerus dapat menguatkan rintangan terhadap bakteria. Selain itu, pemakaian hand-sanitizer yang berlebihan juga menyebabkan bahaya pada kulit.

Bahan kimia yang terdapat dalam hand-sanitizer dapat memberikan sensasi terbakar dan gatal pada kulit, mengeringkan lapisan atas kulit dan senang menggelupas, kulit senang terbakar, alergik, gangguan hormon dalam tubuh badan, gangguan fungsi sistem kekebalan tubuh, dan perubahan gen pada manusia.

Daripada membuat hand-sanitizer sendiri yang berisiko melukai kulit kita, cara terbaik untuk mencegah penularan virus COVID-19 adalah dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun dengan kerap. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepakat bahawa mencuci tangan adalah hal terbaik yang boleh dilakukan oleh semua orang bagi melindungi diri dari wabak ini dan jangkitan lain. WHO turut mencadangkan agar proses mencuci tangan yang berkesan adalah sekurang-kurangnya 20 saat, dengan cara cucian yang betul.

Tidak diakui hand-sanitizer mungkin berperanan penting dalam penjagaan kebersihan. Tetapi penggunaannya haruslah tidak secara berlebihan. Sesungguhnya, kaedah mencuci tangan dengan sabun lebih diyakinkan mampu mencegah jangkitan. Yang paling utama, kebersihan diri dan penjagaan kesihatan perlu dititikberatkan oleh masyarakat.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *