Penjarakan sosial mungkin akan berlanjutan sehingga 2022, menurut pakar saintis Harvard

  • By Wendy. V
  • April 15, 2020
  • 0
  • 193 Views

Sejak kita menjalani perintah berkurung (lockdown), kita asyik menunggu masa untuk semua ini berakhir dan menjalani kehidupan kembali normal. Syarikat-syarikat menghadapi kerugian, pekerja tidak lagi dapat ke pejabat, dan kebanyakan mereka juga berdepan masalah kehilangan kerja, menyebabkan keadaan menjadi sukar buat mereka untuk menanggung keluarga di rumah.

Walau bagaimanapun, seberapa terdesaknya kita rasakan semasa fasa krisis ini, kehidupan ‘perintah berkurung’ ini nampaknya tidak akan berakhir dalam waktu terdekat ini. Pelaksanaan perintah berkurung untuk tempoh sekali dalam satu masa tidak akan menghentikan penularan wabak COVID-19.

Malah langkah penjarakan sosial (social distancing) untuk menghentikan penyebaran virus baru itu dalam tempoh berulang-ulang mungkin diperlukan sehingga 2022 bagi mengelakkan hospital-hospital terus dibanjiri pesakit, menurut pakar saintis Harvard yang merangka trajektori pandemik.

Pasukan simulasi komputer Harvard, yang pernah menerbitkan kertas kajian di Jurnal Science itu menjangkakan bahawa COVID-19 akan muncul secara bermusim, seperti kaitan rapat virus itu dengan simptom selsema tetapi dengan kadar jangkitan lebih tinggi pada waktu musim sejuk.

Namun begitu, masih banyak yang belum diketahui termasuklah tahap kekebalan atau imunati yang diperolehi daripada jangkitan sebelumnya dan seberapa lama ianya bertahan.

“Kami merasakan langkah penjarakan sosial secara sekali sahaja (one-time) kemungkinan tidak akan mencukupi untuk memastikan pencegahan jangkitan COVID-19, tambahan pula kapasiti persediaan kritikal di US adalah terhad.

“Jadi apa yang nampaknya perlu dilakukan sekiranya tiada rawatan lain adalah dengan melaksanakan penjarakan sosial secara berkala dan berulang,” kata penulis, Stephen Kissler.

Menurut beliau lagi ujian saringan secara meluas perlu dilakukan dan tempoh serta pelaksanaan lockdown boleh dilonggarkan jika rawatan dan vaksin sudah tersedia. Tetapi sekiranya tidak, penjarakan sosial secara berkala atau ‘on-off’ dapat memberikan ruang masa kepada hospital untuk meningkatkan keupayaan kapasiti penjagaan kritikal bagi mengatasi sebarang lonjakan peningkatan kes yang berlaku apabila langkah itu dilonggarkan.

“Dengan membenarkan tempoh penularan yang mencapai kelaziman yang lebih tinggi daripada yang mungkin terjadi, ia akan membolehkan pemperolehan imuniti yang dipercepat,” kata penulis bersama, Marc Lipsitch.

Sebaliknya, penjarakan sosial yang terlampau tanpa rehat boleh menjadi sesuatu yang buruk. Di bawah satu model senario “penjarakan sosial yang begitu efektif sehingga hampir tiada imuniti populasi yang terbina,” berdasarkan kertas ujian itu. Oleh itu, perlunya pendekatan penjarakan sosial yang berselang.

Penulis mengakui kelemahan utama dalam model mereka adalah seberapa banyak yang diketahui oleh mereka sekarang ini tentang seberapa kuat imuniti individu dijangkiti sebelumnya dan tempoh ia mampu bertahan.

Pada masa ini, tekaan terbaik berdasarkan koronavirus yang berkait rapat adalah bahawa ia akan memberikan imuniti, sehingga sekitar satu tahun. Mungkin juga ada imuniti pelindung silang terhadap COVID-19 jika individu itu dijangkiti oleh selsema biasa penyebab kepada koronavirus.

Tetapi satu perkara yang hampir pasti, ialah virus mampu untuk bertahan. Pasukan itu menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan imuniti itu tidak cukup kuat dan bertahan lama untuk COVID-19 akan mati setelah gelombang awal, seperti kes yang berlaku dengan penularan wabak SARS pada tahun 2002-2003.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *