Pengambilan makanan mengikut aturan masa makan yang sesuai

  • By Wendy. V
  • April 13, 2020
  • 0
  • 214 Views

Seseorang individu boleh menjaga atau mengawal tahap kesihatan tubuh badan, seperti contoh mrngambil makanan mengikut wakut yang sesuai. Bagaimanapun, ramai yang mengambil mudah perkara ini kerana alasan kesibukan kerja atau sengaja melambat-lambatkan masa makan.

Kebanyakan mereka yang muda sering mengendahkan sarapan dan sebalinya terus mengambil makanan tengah hari – selalunya diistilahkan sebagai ‘brunch’. Tidak kurang pula yang makan sepanjang waktu dan ada juga yang menikmati snek di lewat malam.

Jadi, apakah kaedah ataupun aturan pengambilan makanan yang sesuai dan selayaknya?

Menurut Perunding Dietetik Kuvings Malaysia, Raihan Irwan berkongsi bahawa pengambilan makanan mengikut corak pemakanan berasaskan ritma sirkadian, atau biasa disebut sebagai circadian rhythm. Ianya adalah ritma proses semula jadi yang mengawal mengawal fungsi biologi tertentu contohnya waktu tidur, metabolisma badan, perembesan hormon dan sebagainya dalam tempoh 24 jam.

Terdapat beberapa garisan panduan asas waktu makan yang boleh dicontohi dan diikuti. Untuk sarapan, ambil makanan sekurang-kurangnya dua jam setelah bangun daripada tidur. Ini kerana bacaan gula dalam darah dan nutrien berada pada tahap yang rendah.

Untuk waktu tengah hari, boleh mengambil makanan selepas tiga hingga empat jam selepas sarapan pagi. Ini adalah waktu yang ideal untuk mengekalkan tahap bacaan gula dalam darah menjadi normal.

Bagi waktu malam pula, makan sebaiknya tiga hingga empat jam selepas makan tengah hari, dan dua jam sebelum tidur. Hal ini untuk menggalakkan tidur yang lena dan penggunaan kalori yang efisien untuk seharian.

Di samping itu, terdapat juga waktu pemakanan yang kondusif untuk memproses makanan tertentu. Sebagai contoh, untuk kumpulan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak, pengambilan sebelum waktu jam enam petang adalah aturan yang sangat baik dan disyorkan. Ini kerana, proses pencernaan adalah lebih optimum dan perembesan hormon insulin berada pada tahap optimum, di mana dapat menukarkan karbohidrat kepada tenaga lebih efisien.

Makan pada lewat malam tidak berapa digalakkan kerana badan manusia perlu menggantikan sel-sel mati dengan yang baharu. Pengambilan makanan waktu malam mungkin dapat menjejaskan kebersanan penggantian sel badan ini

Amalan pemakanan mengikut jam badan adalah tidak begitu sukar untuk diamalkan kerana ianya hanya memerlukan perancangan dan penyesuaian pada jadual individu. Amalam pengambilan makanan mengikut aturan masa yang sesuai dapat meraih pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan dan gaya hidup yang lebih baik.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *