Lelaki dan individu obes lebih senang diserang virus COVID-19

  • By Wendy. V
  • April 11, 2020
  • 0
  • 174 Views

Setakat 11 April, pandemik wabak koronavirus telah meragut sebanyak 102,774 nyawa di seluruh dunia. Wabak COVID-19 diketahui ramai menyerang sistem pernafasan dengan simptom termasuk batuk, demam, dan dalam kes yang lebih parah menyebabkan kesukaran bernafas.

Hampir kebanyakan bilik kecemasan yang menjadi titik panas merawat virus ini di seluruh dunia, para petugas perubatan melihat pola jangkitan COVID-19 yang seakan sama. Jumlah bilangan mereka yang mengalami simptom COVID-19 dilihat lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita, dengan berat berlebihan atau digelar obesiti sebagai faktor yang berpotensi menjadi pemangkin.

Lelaki mempunya kadar jangkitan COVID-19 yang lebih tinggi berbanding wanita

Menurut Profesor Sains Perubatan Pengimejan di Kolej Universiti London, Derek Hill berkata lebih ramai lelaki jika dibandingkan wanita yang mengalami masalah yang serius, dan pesakit obesiti atau mempunyai sejarah masalah kesihatan sebelum ini dilihat lebih berisiko tinggi.

Satu statistik awal dari Pusat Penyelidikan dan Audit Rawatan Intensif Nasional Britain mengenai individu yang disahkan positif wabak dan sedang dirawat dalam rawatan intensif mengesahkan fenomena ini – menunjukkan 73% adalah lelaki dan 73.4% dikelaskan sebagai individu berat berlebihan.

Pesakit obes cenderung untuk sukar pulih daripada penyakit wabak COVID-19

Namun begitu, data awal yang dikeluarkan untuk pesakit sama ada yang suda sembuh atau meninggal disebabkan COVID-19 sepanjang tempoh sebelum 3 April menunjukkan pesakit obes cenderung untuk sukar pulih setelah menerima rawatan kritikal.

Sebagai contoh, bilik kecemasan di Perancis melihat sebilangan besar pesakit yang berlebihan berat badan atau obes, selain tiga perempat daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah lelaki. Begitu juga gambaran yang muncul di New York, AS.

Tiada penjelasan yang jelas berhubung perkara ini dan ianya lebih kepada sekadar pemerhatian yang dilihat. Tetapi terdapat teori yang mengatakan bahawa lelaki mempunyai frekuensi yang lebih tinggi daripada pelbagai patologi. Kemungkinan wanita mempunyai ketahanan imun yang lebih kuat. Imuniti mereka adalah pada kadar baik sebelum fasa menopaus.

Amerika Syarikat menaikkan kebimbangan mereka terhadap perkara ini kerana 42% orang dewasa adalah mereka yang obes. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat memberi amaran kepada individu yang mempunyai BMI di atas 40 mempunyai risiko lebih besar untuk dijangkiti virus COVID-19.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *