Perlukah haiwan peliharaan mengambil ujian koronavirus?

Baru-baru ini, seekor kucing peliharaan diuji positif dengan wabak koronavirus (COVID-19). Haiwan berbulu itu mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan kesukaran untuk bernafas. Simptom COVID-19 itu muncul setelah seminggu tuannya disahkan positif COVID-19.

Hari yang sama juga, dilaporkan juga seekor anjing jenis Pomeranian yang pada awalnya diuji “positif lemah” untuk SARS-CoV-2 telah dijangkiti virus itu, kemungkinan oleh tuannya sendiri atau manusia lain.

Walaupun terdapat kes dimana anjing ketiga disahkan positif koronavirus di Hong Kong awal bulan Mac, namun bilangan haiwan peliharaan yang didiagnosis dengan COVID-19 tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan bilangan manusia yang disahkan positif virus itu.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat, menerangkan bahawa anjing dan kucing boleh menimbulkan sedikit risiko kepada manusia. Tetapi pengarah di Pejabat Kesihatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan AS, Casey Barton memaklumkan “CDC tidak mempunyai bukti bahawa haiwan peliharaan boleh menyebarkan COVID-19, dan tidak ada sebab untuk fikir bahawa haiwan ini menjadi sumber jangkitan berdasarkan maklumat yang kita ada sekarang ini.”

Bagi doktor haiwan, mereka mahukan maklumat yang lebih lanjut. Walaupun ujian pada manusia mungkin berfungsi kepada haiwan, tetapi bekalan sangat kurang dan masih memerlukan ujian spesifik bagi setiap spesies.

Pengarah eksekutif di Washington Animal Disease Diagnostic Laboratory (WADDL) telah mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan ujian COVID-19 untuk haiwan peliharaan sejak beberapa minggu lalu.

Ujian COVID-19 dicipta atas permintaan daripada agensi kesihatan haiwan tempatan dan persekutuan. Anjing dan kucing berkongsi banyak reseptor sel yang sama seperti manusia – di mana virus boleh terikat (bind). Ujian tersebut serupa dengan ujian pada manusia, yang menggunakan polymerase chain reaction (PCR).

Namun begitu, terdapat halangan untuk menjalankan ujian tersebut kepada haiwan peliharaan. Yang pertama ialah kerana ketidakkeperluan pelaksanaan tersebut. Ini berdasarkan tiada kes yang banyak melibatkan jangkitan COVID-19 kepada haiwan. Di AS sahaja, terdapat kira-kira 150 juta anjing dan kucing peliharaan, dan sekiranya mereka mudah dijangkiti COVID-19, sudah tentulah terdapat banyak lonjakan kes yang akan berlaku, menurut Shelley Rankin, ahli mikrobiologi di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Pennysylvania.

“Pada masa ini, ujian untuk haiwan peliharaan hanya akan dilakukan sekiranya pegawai haiwan serta kesihatan awam bersepakat untuk melakukan ujian yang mempunyai pautan kepada kes manusia ini,” menurut USDA.

Apa pandangan anda terhadap ujian COVID-19 terhadap haiwan peliharaan? Adakah perlunya ujian ini untuk mengetahui sejauh mana penyebaran jangkitan ini terhadap haiwan berbulu ini? Ataupun sepatutnya lebih memfokuskan kepada penyelidikan dan ujian COVID-19 tentang bagaimana wabak ini boleh tersebar dari manusia ke manusia lain?

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *