Pelajar Malaysia di Universiti Oxford antara yang terlibat cipta kit ujian COVID-19

  • By Wendy. V
  • March 25, 2020
  • 0
  • 214 Views

Seorang pelajar PhD dari Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan saintis dari Universiti Sains Kejuruteraan Oxford dan Pusat Penyelidikan Lanjutan Oxford Suzhou (OSCAR) yang telah membangunkan teknologi ujian pantas untuk COVID-19.

Lim Boon Chuan yang merupakan pelajar PhD mengambil jurusan  synthetic biology turut membantu pasukan saintis dari Universiti Oxford menghasilkan kit ujian (test-kit) tersebut.

Difahamkan, apabila penularan COVID-19 semakin meningkat di China, Lim bersama-sama dengan profesornya di universiti dan Pusat Penyelidikan Lanjutan Oxford Suzhou (OSCAR) telah membangunkan kit ujian COVID-19 yang dapat menghasilkan keputusan tiga kali lebih cepat daripada kaedah semasa.

Malah, kit ujian yang dihasilkan mereka mampu mengesan wabak tersebut dalam masa 30 minit sahaja. Kit ujian menggunakan suhu tunggal iaitu 65°C dan boleh melangkau langkah pengekstrakan dan tidak memerlukan sokongan kit, peralatan, atau bahan kimia lain untuk menjalankan ujian.

Pada mulanya, kit ujian dihantar ke China untuk menguji kes-kes di sana untuk melihat jika kit ujian berkesan pada sampel klinikal sebenar dan ianya terbukti berkesan. Tambahnya, projek ini dimulakan pada bulan lepas dan beliau berperanan untuk mereka dan menjalankan semua eksperimen.

Para saintis Oxford kini berusaha untuk membangunkan peranti bersepadu supaya ujian itu dapat digunakan di klinik, lapangan terbang atau di rumah. Mereka merancang untuk menjalankan pengesahan klinikal di UK dan menerokai pilihan untuk pengeluaran kit ujian.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *