KKM lancarkan laman sesawang khas, tawarkan perkhidmatan periksa COVID-19 secara dalam talian

Angka pesakit yang dijangkiti wabak yang berasal dari Wuhan, China terus meningkat dengan 106,444 orang di 102 negara. Manakala angka kematian pula telah menjengah ke sekitar 3,594 di seluruh dunia.

Bagi Malaysia pula, situasi masih lagi terkawal walaupun kelihatan di mana angka membabitkan pesakit yang berjangkit terus meningkat. Dengan kematian masih belum dicatatkan, Malaysia telah berjaya menyembuhkan 24 orang pesakit COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerja dari hari pertama wabak ini menjengah negara sehinggalah sekarang. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak KKM bagi memastikan Malaysia tidak menerima kesan yang terlalu besar seperti China, Itali dan Korea Selatan.

KKM turut melancarkan satu laman sesawang bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak sempat ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka secara atas talian.

Pengunjung kepada laman sesawang ini akan disediakan dengan beberapa soalan bagi membantu sistem memastikan bahawa keputusan yang dikeluarkan nanti adalah tepat.

laman sesawang initiatif KKM dengan kerjasama DoctorOnCall, bagi menajalankan pemeriksaan simptom koronavirus

Platform ini disediakan dengan kerjasama ‘DoctorOnCall’ untuk menyebarkan informasi yang berkaitan dengan koronavirus. Selain itu, KKM boleh memberi nasihat tele-kesihatan kepada pesakit COVID-19.

Bagi anda yang baru pulang dari negara yang berisiko dan mempunyai beberapa tanda seperti kesukaran bernafas dan demam melebihi suhu yang ditetapkan. Boleh terus ke laman sesawang  di doctoroncall.com untuk mendapat nasihat lebih terperinci atau terus berjumpa pakar di mana-mana hospital berkenaan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *