Netflix kurangkan kualiti penstriman video di Malaysia

Hampir seluruh dunia mengenakan larangan perintah berkurung (lockdown) susulan tindakan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang dikatakan mampu bertahan selama 14 hari. Sehubungan itu, lebih ramai penduduk dunia mula bekerja dari rumah, para pelajar menggunakan rangkaian internet untuk pembelajaran di atas talian ‘e-learning’ serta sebahagian lain pula menghabiskan masa menggunakan internet dengan tujuan yang lain.

Sebelum ini, Ookla telah berkongsi data mengenai dapatan data tentang impak pandemik terhadap penurunan prestasi kadar kelajuan internet di seluruh dunia.

Netflix, platform penstriman video popular telah mengumumkan bahawa kadar bil penstriman pelanggan di Malaysia akan dikurangkan bermula 31 Mac, seperti yang telah berlaku di Eropah sejak minggu lalu.

Netflix telah mengurangkan beban penggunaan pada rangkaian sebanyak 25% sehingga penghujung April. Ia sebagai langkah untuk mengurangkan beban ke atas infrastruktur internet negara sepanjang  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, pengguna masih dapat menonton kandungan dalam julat resolusi mengikut kadar langganan mereka tetapi pada kadar bit yang lebih rendah. Potongan harga tidak ditawarkan bagi yang melanggan pakej Premium RM51 sebulan (kerana pengguna masih boleh menonton kandungan 4K).

“Berhadapan krisis ini, kami telah membangunkan satu cara untuk mengurangkan trafik Netflix di rangkaian telekomunikasi sebanyak 25% sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan kami. Oleh itu, pengguna akan terus mendapatkan kualiti yang disertakan dalam pelan yang dilanggan – sama ada Ultra Tinggi, Tinggi atau Definisi Standard. Kami percaya bahawa ini akan memberi kelegaan yang besar kepada kesesakan rangkaian dan akan dilaksanakan di Malaysia untuk 30 hari akan datang,” menurut Naib Presiden, Penghantar Kandungan Netflix, Ken Florance.

Sekiranya anda seorang pelanggan Netflix, adakah anda bersetuju dengan langkah pengurangan kadar penstriman video ini? Atau anda tetap mahukan kualiti video yang kekal seperti sebelum ini walaupun terdapat ‘buffering’ bagi tontonan video anda?

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *