Pelawak, Abam Bocey meninggal dunia akibat demam.

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 121 Views

Pelawak terkenal, dikenali dengan nama pentas Abam Bocey menghembuskan nafas di kediaman beliau di Gombak, awal pagi tadi.

Abam Bocey, atau nama sebenar beliau Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Pelawak terkenal, Abam Bocey

Isteri Abam, Nor Hidayah memberitahu arwah tidak sedarkan diri setelah dikejutkan untuk bangun solat subuh.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.”

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara dan akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Allahyarham berkahwin pada 2017 bersama pasangan pilihannya, Nor Hidaya dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini berusia 5 bulan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *