Kajian temukan 33 strain mutasi COVID-19, KKM pula kesan satu mutasi agresif yang jangkiti 120 individu

  • By Wendy. V
  • April 30, 2020
  • 0
  • 308 Views

Para saintis di China telah menemukan lebih daripada 30 strain mutasi virus baharu COVID-19 yang boleh menerangkan menjadi penyebab kepada kadar kematian yang agak tinggi di sesetengah negara di seluruh dunia.

Kajian itu telah dijalankan oleh sekumpulan pakar penyelidik termasuk Profesor Li Lanjuan, iaitu salah seorang saintis terkemuka China yang dilaporkan pakar pertama yang mencadangkan lockdown di Wuhan, tempat di mana COVID-19 mula merebak.

Profesor terkemuka China, Li Lanjuan

Sampel telah diambil daripada 11 pesakit yang dimasukkan ke hospital di Hangzhou di antara 22 Januari dan 4 Februari semasa fasa awal penularan wabak itu. Dengan menggunakan kaedah “ultra-deep sequencing”, penyelidik telah mengenal pasti 33 strain mutasi virus tersebut – juga dikenali sebagai SARS-COV-2, dan 19 strain mutasi itu agak baru.

Mutasi yang paling agresif terkandung di dalam pesakit yang terlibat dalam kaji selidik itu dipercayai boleh dijumpai di kebanyakan pesakit seluruh Eropah, terutama di Itali dan Sepanyol. Jenis strain mutasi yang sama yang berasal dari Eropah lalu menular ke New York, di mana telah menjadi pusat kepada punca penyebaran baru di Amerika Syarikat.

Perbandingan analisis genetik bagi COVID-19 di seluruh dunia

Lebih penting lagi, para penyelidik China itu turut berkata bahawa hasil penemuan mutasi virus korona baharu ini boleh memberi kesan kepada pembangunan vaksin dan ubat penawar disebabkan langkah penyelesaian untuk merawat COVID-19 kemungkinan hanya sia-sia.

Penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India baru-baru ini mendakwa berjaya mengesan 10 jenis mutasi berbeza terhadap pesakitnya, di mana salah satunya disifatkan lebih agresif. Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu mutasi virus COVID-19 yang agresif sehingga menyebabkan 120 individu dijangkiti.

Kes itu membabitkan kes pesakit ke-26 yang kemungkinan menjangkiti pesakit-pesakit lain akibat mutasi agresif tersebut. Oleh itu, Institut Penyelidikan Perubatam (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.

Sebelum ini, kes-kes di dalam negara adalah daripada strain mutasi B iaitu sama dengan di Wuhan, berbanding dengan strain A di AS dan strain C di Eropah.

Setakat 29 April, Malaysia mencatatkan 94 kes baharu positif COVID-19 yang kebanyakannya datang daripada pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia. Jumlah keseluruhan kes kematian juga kekal pada 100 orang.

Orang awam perlu tetap disiplin dengan kekal berada di rumah, melakukan penjarakan sosial dan mengamalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian COVID-19 di seluruh negara. Malaysia mula menunjukkan perkembangan positif dan diharapkan akan bebas daripada wabak ini tidak lama lagi.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *